Week 6: Digital Photobooth

Hi semua !

Saya nak cerita ni😆

Haritu saya ada jalan-jalan kat Berjaya Times Square lepastu saya ternampak satu photobooth moden ni nama dia Studio 808. Dari luar nampak simple je, tapi bila tengok hasil gambar orang lain lawa-lawa terus saya rasa nak cuba sendiri.

Kat bahagian luar booth tu ada banyak props macam topi, cermin mata dan headband. Kita boleh pilih dulu props mana nak pakai sebelum masuk. Yang menariknya, takde staf pun yang jaga kat situ... semua memang self-service. Jadi kita kena pandai-pandaila urus sendiri dari awal sampai habis.

Mula-mula masuk booth saya kena bayar dulu dalam RM 15 untuk 2 keping. Cara bayarnya pun senang, just scan QR code yang dia bagi dan settle. Lepas tu barulah sesi ambil gambar bermula. Kamera akan kira masa, kita posing cepat-cepat dan terus snap beberapa kali.

Bila dah siap ambil gambar tu saya boleh pilih sendiri filter dan frame kat skrin. Part ni paling seronok sebab boleh tengok hasilnya terus dan edit ikut citarasa sendiri. Bila dah confirm dengan pilihan tu, gambar akan print out secara automatik. Ouh yee, nanti dia akan bagi QR code untuk gambar softcopy jugak.

Saya rasa pengalaman dekat Studio 808 ni memang bestt !! Walaupun harga dia mahal sikit daripada  ambil gambar sendiri guna phone tapi vibe dia berbeza. Dari pilih props, posing sampai dapat hasil akhir yang cantik dan kemas.

Daripada pengalaman ni, saya belajar yang teknologi boleh jadikan sesuatu yang simple macam ambil gambar, jadi satu aktiviti yang lebih bernilai. Bagi saya, Studio 808 bukan sekadar photobooth, tapi satu bentuk hiburan digital yang saya sanggup bayar sebab pengalaman dan hasilnya memang berbaloi.

 



Comments