Selepas tamat pengajian di sekolah rendah, saya meneruskan pengajian di SMK Taman Jasmin 2, Kajang dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.
Semasa di tingkatan 4, saya telah mengambil aliran sains tulen (biologi, fizik, kimia, matematik tambahan) sehinggalah ke tingkatan 5.
Bagi Aktiviti Kokurikulum, saya telah menyertai Kadet Sekolah Pertahanan Awam (unit beruniform) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Bagi sukan dan permainan, saya pernah menyertai kelab sukan bola tampar, bola baling dan petanque.
Setelah 5 tahun pengajian di SMK Taman Jasmin 2, Alhamdulillah saya telah berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2023. Saya telah belajar banyak perkara baru dalam akademik dan juga kokurikulum. Syukur Alhamdulillah keputusan SPM saya tidak mengecewakan. Tak sangka dapat 6A 😭😄Jutaan terima kasih buat semua guru sekolah menengah yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan semangat kepada saya.



Comments
Post a Comment