MATRIKULASI

Saya telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke matrikulasi dalam jurusan perakaunan. Saya telah mendaftar diri pada 10 Julai 2023 di Kolej Matrikulasi Perlis(KMP) (jauhnya ๐Ÿ˜ญ). Tempoh pengajian saya adalah selama 10 bulan. 

Orientasi berlangsung selama 1 minggu. Orientasi ni best sangat walaupun penat sebab dapat berkenalan dengan ramai kawan baru.

Momen yang paling menyeronokkan adalah semasa menyanyikan lagu kolej beramai-ramai๐Ÿ˜

Semasa di KMP, saya telah menyertai Kelab Alam Sekitar. Saya telah diberi peluang untuk menyertai  eksplorasi hutan paya bakau di Kuala Sepetang, Taiping, Perak.


Selepas 10 bulan, saya berjaya menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis dengan CGPA 3.96

Jutaan terima kasih buat pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan sekelas kerana banyak membantu sepanjang pengajian saya. 
Terima kasih juga kepada rakan sebilik saya Aisyah (walaupun garang) dan Fatin (geng cari makan kat kafe) kerana selalu ada waktu saya susah dan senang. Sayang korang ๐Ÿ’•







Comments