LATAR BELAKANG DIRI

Saya dilahirkan pada 28 Februari 2005 di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kajang, Selangor. Saya merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Saya mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. 



Saya mendapat pendidikan awal di SK Sri Jelok, Kajang dari darjah 1 hingga darjah 6. Sepanjang penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah rendah, saya telah menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bermula dari darjah 4 sehinggalah darjah 6. Saya juga pernah menyertai sukan bola tampar, antara sukan yang menyeronokkan dan juga mencabar (tapi sampai sekarang tak pandai-pandai main lagi ๐Ÿ˜ญ). 

Saya pernah terlibat dalam membuat persembahan kelas semasa majlis apresiasi darjah 6.

Saya juga pernah terlibat dalam membuat persembahan khas sempena majlis persaraan guru.

Setelah melalui pelbagai kenangan pahit manis di sekolah rendah, saya telah berjaya menamatkan pengajian di SK Sri Jelok pada tahun 2017. Syukur Alhamdulillah, saya telah berjaya mendapat keputusan 5A semasa peperiksaan UPSR diumumkan. Jutaan terima kasih buat semua guru sekolah rendah saya yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar. 








Comments