Week 5: 24 hrs Self-service Convenience Store

Hi semua!

Saya nak cerita ni πŸ˜†

Saya ada singgah dekat satu kedai yang agak unik kat fakulti saya. Nama kedai tu Panas Express. Kedai ni lain daripada kedai runcit biasa sebab takde cashier langsung. Semua benda kena urus sendiri daripada awal sampai habis.

Masa nak masuk je, saya kena scan muka dulu kat mesin bahagian pintu. Bila muka dah berjaya dikesan, pintu automatik terus terbuka. Rasa macam masuk kedai masa depan pula 🀩.Lepas tu baru boleh pilih barang yang saya nak beli. Rak penuh dengan makanan dan minuman, sama je macam kedai runcit biasa.

Bila nak bayar, saya kena scan sendiri barang-barang dekat kiosk khas dan buat bayaran guna kad atau e-wallet. Lepas bayar, terus boleh keluar tanpa perlu tunggu cashier. Memang cepat dan senang, especially kalau tengah rushing nak ke kelas.

Saya rasa konsep ni praktikal, cuma mula-mula memang rasa pelik sebab dah terbiasa ada cashier. Saya terfikir jugak, “kalau ada orang nak cuba keluar tanpa bayar, macam mana?” Tapi saya percaya sistem sensor dan kamera kat situ dah cukup canggih untuk pantau.

Daripada pengalaman ni, saya belajar yang kedai tanpa juruwang macam Panas Express ni betul-betul tunjuk hala tuju baru peruncitan. Dapat jimatkan tenaga kerja, boleh beroperasi 24 jam dan pelanggan pun suka sebab semua jadi cepat. Walaupun ada cabaran macam kos teknologi yang tinggi atau isu keselamatan, saya nampak konsep ni ada potensi besar. Lagi-lagi kat universiti, student memang suka benda yang ringkas dan cepat.




Comments