Hi semua!
Saya nak cerita ni๐
Minggu ni saya singgah tengok wayang dekat TGV dan baru perasan yang dorang ada loyalty program. Saya kadang-kadang ada la pergi tengok wayang, tapi baru tahu yang dengan setiap RM1, saya dapat 5 movie money point. Memang menarik sebab boleh tebus tiket free bila dah cukup point
Saya cuba ikut program ni dan rasa seronok bila tengok point bertambah lepas saya beli tiket wayang. Saya perasan benda ni buat saya rasa lebih excited untuk pilih TGV berbanding panggung wayang lain sebab ada ganjaran bila selalu pergi. Lagipun, cara ni buat pelanggan rasa dihargai.
Dari pengalaman ni, saya belajar yang digital loyalty program bukan sekadar bagi diskaun atau free item, tapi juga strategi bisnes yang bijak. Ia boleh tingkatkan kesetiaan pelanggan, buat mereka rasa special dan menarik mereka untuk datang balik. Saya rasa, bila bisnes pandai guna teknologi untuk bagi ganjaran dekat pelanggan, pengalaman pelanggan lebih seronok dan bisnes pun dapat keuntungan berpanjangan.
Perkara simple macam ni pun boleh buat perbezaan besar dalam pengalaman pelanggan. Saya sendiri rasa excited nak kumpul point lagi dan cuba tebus untuk tiket wayang seterusnya.


Comments
Post a Comment