Hi semua !
Beberapa hari yang lepas, saya tengok satu siri Netflix yang bertajuk The Influencer. Ni rancangan realiti dari Korea Selatan yang berkonsepkan dunia media sosial. Menarik kan?? Dalam rancangan ni ada 77 influencer terkenal dari pelbagai platform seperti Tiktok, Youtube, Instagram dan Afreeca Tv.
Okay Jadi.... Matlamat utama rancangan ini adalah untuk tarik perhatian orang ramai dan kukuhkan pengaruh digital semua peserta. Yang paling menarik😍hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah sebanyak 300 juta Won. So disebabkan tu makin sengit lah persaingan ni.
Boleh ke saya nak cerita sikit je pasal cabaran yang ada? Janjii sikit jee🤙🏻
Pertandingan ni ada lima tahap dan setiap tahap tu bentuk cabarannya berbeza. Antara cabaran yang ada ialah:
-
Cabaran Like/Dislike – Peserta perlu mengumpul sebanyak mungkin tanda suka (like) dan juga tanda tidak suka (dislike). Kedua-duanya akan dikira dalam penentuan kedudukan.
-
Cabaran Live Stream – Peserta membuat siaran langsung untuk mengumpul tontonan terbanyak dalam tempoh masa tertentu.
-
Cabaran Bergambar – Peserta menghasilkan gambar kreatif yang dapat menarik perhatian 100 orang penilai.
Cabaran Media Sosial – Peserta perlu mendapatkan komen terbanyak di media sosial mereka.
-
Cabaran Interaksi Bersemuka – Peserta perlu menarik penonton untuk mendekati dan memberi perhatian kepada mereka melalui pelbagai cara yang kreatif.
Sepanjang menonton, saya dapat tengok yang setiap peserta ada strategi mereka yang tersendiri. Ada yang kreatif, berani dan berfikir di luar kotak. Tapi, saya juga nampak yang tekanan untuk menarik perhatian orang ramai kadang-kadang mendorong mereka melakukan perkara yang luar biasa demi engagement dan kemenangan. Sampai saya terfikir "patut ke buat sampai macamtu sekali?". Contohnya, masa cabaran live stream, ada seorang influencer yang sanggup cukur kening untuk tarik perhatian penonton.
Bagi saya, konsep rancangan ni sangat menarik sebab ia membuka mata masyarakat tentang bagaimana populariti di media sosial sebenarnya berfungsi. Walaupun ada elemen hiburan, ia juga memberi gambaran tentang persaingan sengit, strategi manipulasi dan tekanan psikologi yang dihadapi oleh influencer di dunia sebenar.
Kesimpulannya, The Influencer bukan sekadar program hiburan tetapi turut menjadi cerminan realiti dunia digital masa kini. Ia memperlihatkan bahawa di sebalik kemeriahan dan glamour media sosial, wujud persaingan sengit serta tekanan yang memerlukan ketahanan mental dan strategi bijak untuk terus relevan.

Comments
Post a Comment