Week 1: Digital Queue System

 Hi semua !

Saya nak cerita ni πŸ˜†

Semalam saya pergi makan kat K Fry. Biasanya kalau datang makan kat outlet lain memang kena beratur panjang, siap tunggu lama lagi. Jadi disebabkan dah lama tak makan, saya pun try la pergi dekat outlet IOI City Mall tapi saya pelik sikit sebab tak ramai orang beratur. Saya pun tanya diri sendiri, “Eh, kenapa tak ramai ni?”πŸ€” Lepas tu barulah saya perasan, rupanya sekarang dorang guna sistem giliran digital.

Saya pun apalagi cepat-cepat lah pergi scan QR dekat pintu masuk, lepastu kena pilih berapa orang dalam group. Lepas dah isi maklumat semua... sistem tunjuk berapa pelanggan tengah tunggu depan saya. Senang je nak tengok dan tunggunya pun tak lama, lebih kurang 10 minit je terus dapat masuk.

Memang best rasa dia... lebih teratur dan tak stressful. Tak payah dah risau kena beratur panjang. Cuma kadang-kadang kalau internet slow, mungkin nombor akan lambat keluar. Tapi overall, sistem ni memang power untuk restoran yang sibuk... Bak kata orang pelanggan happy, bisnes pun jalan lancar.😍😍





Comments