PENUTUP KARKON UKM 2024

Malam 1 Disember lepas, saya dan keluarga tak lepaskan peluang hadir ke Majlis Penutup Karnival Konvokesyen (KARKON) UKM 2024. Happening sungguh! Ada banyak gerai jualan makanan dan minuman untuk pengunjung. Macam² pilihan makanan dan minuman, rambang mata! Semua nampak sedap! πŸ˜„πŸ˜‹πŸ˜‹ Persembahan warga UKM dan artis jemputan sensasi, ratu rock Ella dan Aizat Amdan serta pertunjukan bunga api turut memeriahkan malam penutup KARKON. Hebat dan sangat menyeronokkan! Satu pengalaman baru yang menjadi kenangan indah buat saya 😁.


Comments