PENANG
Tahun lepas, saya dan keluarga melancong ke Penang. Kami memang dah rancang perjalanan ni lama, dan akhirnya dapat juga jejakkan kaki kat sana. Banyak tempat menarik kami lawati, seperti George Town yang penuh dengan sejarah dan seni. Sekitar kawasan Batu Ferringhi pun kami terokai. Pemandangan pantainya memang cantik sangat. Selain tu, kami sempat singgah Balik Pulau, memang puas hati tengok pemandangan dari atas bukit dan semestinya tempat tumpuan makan durian yang sedap😋😋.
Kami juga singgah di Padang Brown, medan selera yang memang santai dan kami mencuba pelbagai jenis makanan best, antaranya nasi kandar, pasembor dan laksa Penang yang famous tu. Tapi yang paling seronok, kami sempat naik kuda sekitar Batu Ferringhi. Seronok sangat rasanya tunggang kuda sambil tengok pemandangan pantai, rasa tenang je. Petang tu, kami singgah Pasar Chowrasta, beli cenderamata dan jalan-jalan cuci mata. Rambang mata betul dalam tu, rasa macam nak beli semua je sebab semuanya nampak menarik😍😍. Sesungguhnya percutian di Penang ni penuh dengan kenangan yang takkan dapat dilupakan!
Untuk makan malam, kami singgah di Umar Seafood & Grill. Tempat dia besar dan sangat selesa, jadi memang sesuai la untuk makan ramai-ramai. Yang paling best, restoran ni terletak betul-betul tepi laut, so sambil makan tu, kami boleh tengok bot-bot lalu-lalang. Suasana memang 'chill' dan tenang. Makanan dia pun memang sedap sangat! Semua seafood yang kami order, macam sotong, kerang, ikan bakar, fresh dan rasa dia mantap. Memang jadi tempat makan malam favourite kami sepanjang trip. Lepas ni kalau datang Perlis lagi, memang wajib makan sini!
Sebelum balik, yang paling penting wajib cuba mangga harumanis. Memang tak lengkap percutian kalau tak rasa buah ni, sebab mangga harumanis ni terkenal sangat kat Perlis dan ada musimnya. Rasanya memang manis dan sedap, dengan bau dia yang harum menusuk kalbu. Kami beli beberapa biji dan terus jatuh cinta dengan rasanya. Setiap gigitan tu rasa macam tak cukup, sebab manisnya tu memang bertahan lama. Walaupun dah makan banyak, rasa macam taknak berhenti makan sebab sedap sangat! Kalau berpeluang datang Perlis lagi nanti, mangga harumanis ni memang wajib beli!


















Comments
Post a Comment