Makan pun salah satu hobi saya ๐. Seronok dapat cuba pelbagai jenis makanan, sebab setiap kali cuba benda baru, rasa macam ada pengalaman baru yang menarik. Salah satu tempat yang pernah saya pergi ialah Restoran Ikan Bakar Asam Boi di Prima Saujana, Kajang. Tempat ni memang terkenal dengan ikan bakar dia yang sedap sangat! Ikan dia segar, dan sambal asam boi dia tu masam manis secukup rasa dan menyegarkan, memang perfect. Tapi, menu yang paling best bagi saya di sini adalah sotong celup tepung dia! Sotong dia rangup di luar, lembut di dalam, dan kuah pencicah dia memang sedap sampai nak makan berulang kali. Suasana kat restoran ni pun 'chill', makan sambil lepak pun best. Memang puas hati setiap kali datang ke sini!
Minggu lepas, saya dan keluarga singgah makan di Restoran Dar-Hadramout, Bangi (belakang KIP Mall). Memang seronok dapat makan kat sini sebab semua makanan Timur Tengah dia sedap-sedap! Kami cuba nasi arab dia, nasi mandy ayam serta kambing, dan serius, nasi tu wangi sangat, penuh dengan rempah yang buatkan rasa dia jadi lebih menarik. Daging kambing yang dihidangkan pun sangat lembut dan penuh aroma. Kuah sos ada rasa pedas sikit, memang mantap. Kami juga mencuba shawarma ayam, sedap dan terbaik! Isi ayamnya sangat juicy. Kebab ayam dia pun tak kurang hebatnya, memang sedap termasuk pencicah sosnya. Semua makanan yang kami cuba memang berbaloi sangat dan harganya pun amat berpatutan. Kami sangat puas hati!๐๐
Makanan western? Mestilah saya dan keluarga pernah cuba! Baru-baru ni, kami singgah makan di ATSKY, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tempat ni memang best sangat sebab pemandangan dia mengagumkan! Dari situ, kami dapat tengok keindahan malam Kuala Lumpur, dengan semua lampu bandar yang bersinar terang. Suasana kat restoran ni memang tenang, sangat sesuai untuk bersantai sambil meluangkan masa dengan keluarga.
Makanan western yang kami pilih pun tak kurang hebatnya. Saya cuba menu steak, dan serius, steak tu memang sedap! Daging dia lembut, juicy, dan sos lada hitam dia pun terbaik, sedap sangat. Kami juga mencuba pasta bolognese ayam yang sedap dan cukup rasa, kuahnya pekat dan dagingnya sangat sedap, memang puas hati. Makan kat ATSKY ni bukan je tentang makanan, tapi juga tentang pemandangan dan suasananya yang cantik serta layanan yang mesra. Memang berbaloi datang sini, dan saya pasti akan datang lagi!







Comments
Post a Comment