Saya suka menonton drama Korea bergenre jenayah seperti Partner of Justice, Flower of Evil, dan Mouse. Setiap kali tengok drama Korea bergenre jenayah, saya selalu teruja dengan jalan cerita yang penuh dengan kejutan dan watak-watak yang sangat menarik. Drama Korea memang selalu buat saya lupa sekejap tentang segala masalah. Saya suka cara mereka mengolah cerita yang melibatkan jenayah, penuh dengan suspen dan teka-teki. Kadang-kadang, saya terpaksa tunggu setiap episod dengan sabar sebab cerita dia memang penuh emosi, kejutan, dan kadang-kadang, ada plot twist yang tak dijangka!
Partner of Justice
Drama ini mengisahkan Baek Beom telah bekerja sebagai doktor forensik selama 10 tahun. Dia mempunyai perwatakan yang buruk, tetapi sangat cemerlang dalam kerjanya. Baek Beom tidak mudah membuka hati kepada orang lain. Eun Sol pula adalah seorang pendakwa raya baru yang berhati baik. Dia mempunyai perwatakan ceria dan datang dari keluarga yang kaya. Doktor forensik dan pendakwa raya ini bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.
Saya minat sangat drama ni sebab ia tunjukkan macam mana keadaan semasa forensik dijalankan. Saya rasa menarik tengok cara mereka bekerja dan menyelesaikan kes-kes jenayah, dengan semua proses dan penyiasatan yang teliti. Drama ni buat saya lebih faham tentang dunia forensik yang biasanya kita tak nampak.

Comments
Post a Comment