MINGGU APRESIASI WATAN (MAW) BAHAGIAN 1

Saya mula mendaftar di UKM pada 28 September 2024, dan saya memang rasa teruja sangat untuk memulakan pengajian di sini. Kolej kediaman saya adalah Kolej Dato' Onn (KDO). Proses mendaftar masuk ke kolej sangat mudah, cepat dan teratur, jadi tak ada masalah langsung. Bilik yang saya dapat pun okay, dalam keadaan baik dan tak ada kerosakan. Saya rasa sangat lega dan selesa dengan tempat tinggal baru ini, dan berharap dapat menikmati segala pengalaman di KDO dengan gembira dan penuh ceria sambil berkenalan dengan ramai kawan baru.

Apa yang menariknya, terdapat banyak kemudahan disediakan di KDO seperti dobi, kafe dan vending machine.


HARI PERTAMA MAW
Ini kali pertama saya masuk ke dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Dewan ni memang cantik dan sangat besar. Suasana dalam dewan pun sangat meriah, dan ia memberi saya rasa penuh keterujaan untuk terlibat dengan lebih banyak lagi aktiviti di sini.

Program yang berlangsung di dalam DECTAR pada hari itu adalah program interaksi bersama Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Saya berpeluang mendengar pengalaman beliau dalam menuntut ilmu, dan beliau juga memberikan nasihat yang sangat berguna tentang kepentingan menuntut ilmu. Saya rasa sangat beruntung kerana dapat hadir ke program itu dan banyak perkara baru yang saya pelajari, serta mendapat banyak manfaat daripada perkongsian beliau.
HARI KEDUA MAW
Pada sebelah siang, saya telah mengikuti program yang dianjurkan oleh fakulti jurusan saya iaitu Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP). Kami telah diberikan taklimat berkenaan program yang akan kami pelajari sepanjang pengajian di UKM seperti program Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Perakaunan serta Keusahawanan dan Inovasi. Aktiviti berkumpulan juga dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan pelajar-pelajar di FEP. Saya berasa seronok kerana dapat mengenali dan bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain termasuk pelajar antarabangsa.

Pada sebelah malam, saya dan kawan-kawan ke DECTAR untuk menonton persembahan daripada unit-unit beruniform yang ada di UKM seperti KOR SISPA (Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam), BSMM (Bulan Sabit Merah Malaysia) UKM dan KLKM (Kumpulan Latihan KelanaSiswa Malaysia) UKM.
        





Comments