HARI KETIGA
Pada sebelah siang, saya telah mengikuti program Langkah Watan di mana kami perlu berjalan beramai-ramai mengelilingi UKM. Saya rasa seronok kerana dapat melihat persekitaran di UKM. Sepanjang perjalanan, saya dapat menikmati keindahan alam sekitar dan saya juga dapat melihat kemudahan yang berada di UKM. Saya berasa lebih dekat dengan UKM setelah menyertai program ini.
Pada sebelah malam, saya telah menyertai program Megafit Batik UKM di Stadium UKM, di mana program ini merupakan program senamrobik yang bertemakan batik. Setiap individu yang menyertainya perlu memakai batik di badan mereka. Program ini juga telah tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai acara senamrobik dengan jumlah peserta teramai yang mengenakan batik. Saya merasa sangat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada program bersejarah ini.
HARI KEEMPAT
Hari ini merupakan hari terakhir MAW bagi sesi 2024/2025. Program pada hari ini dimulakan dengan bacaan ikrar bagi semua pelajar baharu sesi 2024/2025. Setelah bacaan ikrar, secara rasminya, saya telah menjadi pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Suasana sangat bermakna kerana saya dapat merasai momen penting ini bersama rakan-rakan baharu. Dengan penuh rasa bangga dan teruja, saya kini memulakan perjalanan sebagai pelajar di UKM, sebuah universiti yang terkenal dengan kecemerlangan akademik dan aktiviti-aktiviti pelajar yang bermanfaat. Saya berharap dapat mengukir kejayaan dan membantu memberi sumbangan kepada universiti ini sepanjang tempoh pengajian saya.💕




Comments
Post a Comment